Thursday, 28 March 2013

SITUASI 20 :Si Cilik ^_^


Alhamdulillah, pada hari ini Muna bersama beberapa orang teman telah menjalankan kajian di luar untuk kursus Modal Insan iaitu di Ipoh, Perak. Kami telah memilih Pusat Pengajian Al-Barakah sebagai tempat kajian kami, di mana tempat tersebut dikendalikan oleh pendakwah bebas yang cukup-cukup dikenali dan disenangi ramai iaitu, Ustaz Kazim Elias. Kami tidak berkesemptan untuk melihat pelajar-pelajar tahfiz di sana. Apa yang kami sempat bertemu adalah bersama dengan mak cik-mak cik penghuni Pusat Al-Barakah itu sendiri. Pengisian yang kami dapat melalui apa yang diusahakan oleh Pusat Al-Barakah ini cukup menakjubkan bagi kami. Selepas selesai melihat persekitaran Pusat Pentadbiran Utama Al-Barakah tersebut, kami dibawa pula ke tempat Pengajian Tahfiz Al-Barakah, iaitu antara 5minit menaiki kereta daripada Pusat Pentadbiran Utama Al-Barakah.

Di sini, Muna cukup gembira dan teruja melihat keindahan persekitaran yang sangat cantik dan menyegarkan. Banglo yang telah dibeli oleh Pihak Al-Barakah sendiri tersebut telah diubahsuai menjadi Pusat Pengajian Tahfiz. Kami tersilap langkah kerana melawati tempat tersebut pada waktu cuti sekolah. Hal ini membuatkan kami tidak berkesempatan untuk bertemu antara empat mata dan juga bermesra dengan pelajar-pelajar tahfiz di situ kerana mereka juga seperti pelajar sekolah, pulang ke kampung masing-masing. Mungkin kami diberikan kesempatan lain yang lebih bermakna. Kebetulan Pusat Al-Barakah mengadakan Kem Tahsin pada setiap musim cuti sekolah untuk pelajar yang berusia antara 9 hingga 17 tahun.

Seronok apabila melihat adik-adik kecil yang memakai kopiah, teruja melihat kunjungan kumpulan kami ke sana. Kemesraan yang mereka tunjuk dan berikan juga membuatkan kami rasa terpanggil untuk mendekati mereka dengan lebih rapat lagi, tapi apa kan daya masa itu emas. Kami terpaksa berkejar untuk pulang ke Tanjung Malim bagi meneruskan komitmen yang masih belum selesai sebagai seorang mahasiwa. Walaupun begitu, Muna rasa kami tidak boleh dan tidak akan melupakan saat manis yang kami dapat sepanjang berkunjung ke Pusat Al-Barakah tersebut. Adab yang dididik dan diberikan kepada anak-anak yang masih kecil di Pusat tersebut, lebih memberikan kesan yang mendalam daripada kita yang mungkin sesetengah daripadanya tidak mengetahui apa yang anak-anak kecil tersebut lebih mengetahui dari segi, akhlaknya, iman dan juga taqwanya. Kunjungan ke sana juga memberikan Muna sedikit rasa keinsafan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dialami sebelum ini. Apabila melihat anak-anak kecil yang tidak langsung berasa lemas dengan mengenakan kopiah di atas kepalanya, merasakan kita ini masih kurang dari segi apa yang mereka ada di sana. ^_^ Rasa keinginan yang sangat tinggi untuk berkunjung ke sana sekali lagi.



Antara gambar pelajar Kem Tahsin di Pusat Al-Barakah



SITUASI 19 :Adab masyarakat ^_^

Perkataan "Adab" jelas memberikan pengertian yang cukup jelas tentang sesuatu perkara itu sama ada ia dianggap sebagai baik atau tidak. Adab adalah salah satu istilah bahasa Arab yang bererti adat kebiasaan. Kata ini menunjukkan pada suatu kebiasaan, etiket, pola tingkah laku yang dianggap sebagai model. Selama dua abad pertama setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa implikasi makna etika dan sosial. kata dasar "ad" mempunyai erti sesuatu yang menakjubkan atau persiapan atau pesta. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata latin urbanitas , kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat kota.              ( Agussyafii, 2009) dalam blognya yang bertajuk "pengertian adab".

Pada hari ini, Muna bersama beberapa orang rakan telah berkunjung ke Ipoh, Perak untuk membuat sedikit kerja lapangan kajian bagi salah satu kursus untuk pengajian kami bagi semester ini. Selepas selesai kajian dilakukan, kami mengambil kesempatan sejenak untuk berkunjung ke salah sebuah tempat membeli-belah yang ada berdekatan di situ iaitu Mydin, Manjoi Perak. Kesempatan yang kami ambil ini bukan hanya sekadar berhenti untuk membeli-belah sahaja, tetapi kami juga berhenti untuk menunaikan solat Asar, kebetulan waktu tersebut sudah masuk waktu solat Asar. Sesampainya kami di sana, sewaktu ingin sahaja kaki melangkah masuk di hadapan pintu utama pusat membeli-belah tersebut, mata Muna terpandang kelibat sebuah kon yang diletakkan di bahu jalan pusat membeli-belah tersebut. Apa yang Muna lihat adalah di mana, salah satu daripada kon tersebut sudah tidak kelihatan bentuknya lagi, mungkin angkara segelintir masyarakat yang melanggar kon tersebut dengan kenderaan mereka. Di manakah adab masyarakat kita pada hari ini?. Bagi pihak Mydin itu sendiri sebetulnya, perlulah membuang segera kon tersebut, agar suasana yang cacat tersebut tidak dilihat oleh masyarakat awam. Hal ini akan menyebabkan masyarakat mula membuka mulut dan bercakap yang bukan-bukan, kerana itulah lumrah masyarakat di dunia ini. ^_^


Kon yang dilihat telah dirempuh dan tidak dibuang (mencacatkan pemandangan)

Tuesday, 26 March 2013

SITUASI 18 :Vandalisme



Gejala vandalisme di negara membimbangkan banyak pihak. Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam atau kemudahan awam. Kebanyakkan gejala vandalisme ini dilakukan oleh golongan remaja yang rosak akhlaknya, golongan remaja yang bermasalah dan mementingkan diri sendiri. Golongan yang terlibat dengan gejala ini bertindak seperti kera diberi bunga atau tidak menghargai kemudahan yang diberikan. Biasanya mereka merosakkan telefon awam, memecahkan peralatan di kawasan taman rekreasi, menconteng dinding dan sebagainya. Memikirkan kepada budaya tersebut, Muna terlihat di hadapan kampus UPSI sendiri, di mana kebanyakan harta awam yang disediakan telah banyak di musnahkan dan membuatkan gejala vandalisme ini menjadi-jadi. Telefon awam dibuang ganggangnya, papan tanda dilukis dengan pelbagai bentuk sehinggakan tidak kelihatan bentuk barang awam tersebut. Di manakah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia?. Tidakkah kita berasa sedih dan sayang apabila harta benda awam yang disediakan untuk kita sendiri terjadi sebegitu rupa?. Di manakah sifat keperimanusiaan dalam diri anak-anak muda kita?. Tepuk dada tanya iman, kadang-kadang kita melihat gejala vandalisme ini berlaku di hadapan kita tanpa kita bersuara. Hal ini perlu dibanteras agar masyarakat kita mempunyai kesedaran sayang akan negara bukannya mempermainkan harta negara.


Telefon awam yang berada di hadapan kampus Pintu Timur UPSI


Papan tanda yang berada di hadapan tempat menunggu bas UPSI

Monday, 25 March 2013

SITUASI 17 :Tempat meletak kenderaan sesuka hati :Jalan Raya



Sewaktu kita mengambil lesen memandu, kita sering didedahkan dengan papan tanda seperti di atas. Mungkin mereka yang sudah arif mengenai perkara ini sudah mengetahui disebalik tersirat apa yang ada melalui papan tanda ini. Bila melihat sahaja papan tanda ini, mata kita sudah menuju ke tempat yang ditunjukkan untuk meletak kenderaan, kerana papan tanda tersebut memberitahu bahawa di kawasan tersebut ada disediakan ruang untuk meletakkan kenderaan.Tapi apa yang Muna sering lihat di hadapan Pintu Timur UPSI, terdapat lambakan kereta yang terdiri daripada kereta pelajar, teksi, kereta sapu dan sebagainya.Hal ini membuatkan tempat meletak kenderaan yang disediakan tidak mencukupi. Oleh hal yang demikian, ramailah yang meletakkan kenderaan masing-masing di tempat yang tidak sepatutnya diletakkan, seperti tempat laluan, walaupun tempat tersebut tidak disediakan ruangan kotak untuk meletak kereta. Hal ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya apabila kenderaan utama iaitu bas, yang ingin menghantar pelajar di hadapan kampus. Sehinggakan ada yang terpaksa membunyikan hon untuk meminta pemandu yang tidak mempunyai sikap bertolak ansur untuk mengubah kenderaan mereka yang menghalang laluan.


Antara teksi yang meletakkan kenderaan di tempat yang salah

Sunday, 24 March 2013

SITUASI 16 :Pengumuman!!


Contoh memo ...


Pada awal bulan April nanti, Kolej Kediaman Zaba, iaitu salah sebuah kolej kediaman di UPSI akan mengadakan Hari Terbuka 2013. Gerak kerja yang telah dilakukan sebelum bermulanya hari tersebut, antaranya adalah membuat poster dan emmasangnya di sekitar Tanjung Malim, bersama banner dan juga banting yang telah disiapkan oleh AJK yang ditugaskan. Muna dan rakan-rakan juga adalah sebahagian daripada ahli jawatankuasa sekretariat hari terbuka tersebut. Walaupun kami semester 6, banyak tugasan yang perlu diberikan perhatian tambahan pula kami bakal berpraktikum pada semester hadapan, tetapi semangat sayang kepada kolej tetap juga dititikberatkan kerana di sinilah kami diberi peluang daripada semester 1 lagi sehingga semester6 untuk menetap di kolej kediaman tersebut. Berbalik kepada hal poster atau memo yang telah menjadi tarikan kepada pengunjung untuk datang ke setiap majlis yang diadakan. Memo sebenarnya adalah salah satu tarikan utama untuk pengunjung berkunjung ke sesuatu program mahupun majlis. Memo adalah sebagai pengumuman untuk diberikan kepada khalayak yang melihatnya. Hal ini kerana, memo ditampalkan di merata tempat untuk tatapan sesiapa sahaja tidak mengenal usia, jantina, mahupun golongan.

Pengumuan ialah surat yang disampaikan kepada umum, sekelompok khalayak tanpa harus diketahui siapa dan berapa jumlah pembacanya, dan siapa pun berhak membaca, namun tidak semua pembaca itu berkepentingan (Nurjamal dan Sumirat, 2010:56). Pengumuman dibuat untuk mengkomunikasikan atau menginformasikan suatu gagasan atau pemikiran kepada pihak lain. (Finoza, 1995:106) mengatakan bahawa pengumuman ialah surat yang berisi pemberitahuan kepada khalayak yang ramai yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan sesuai dengan isi pengumuman tersebut.

Di sebabkan Hari Terbuka Kolej Zaba 2013, sudah semakin hampir, hal ini akan membuatkan tempat-tempat yang berdekatan di bumi Tanjung Malim ini dilimpahi dengan memo-memo pengumuman tersebut untuk emnarik lebih ramai pengunjung untuk datang berkunjung. Tapi apa yang Muna lihat, di sekitar tempat menunggu bas di bahagian Pintu Timur UPSI, masih banyak lagi keratan-keratan memo yang masih kelihatan di tempat menunggu bas, walaupun memo tersebut sudah tidak penting dan mungkin sudah lama ditampal dan dibiarkan. Sepatutnya, memo pengumuman yang sudah lama terbiar, perlu dibuang untuk emngantikan dengan memo pengumuman yang baru. Jika memo pengumuman yang lama masih tertampal, bagaimana memo yang baru ingin dinaikkan?. Fikir dan renungkanlah. Hal ini akan menjadikan tempat-tempat tersebut kelihatan tidak moleh dipandang dengan keratan memo yang terlampau banyak walaupun sebahagiannya sudah mula koyak dek kerana tempias hujan.


Bumbung tempat menunggu bas Pintu Timur UPSI 



Salah satu sudut tempat menunggu bas di Kampus UPSI 

Saturday, 23 March 2013

SITUASI 15 :Hormat-menghormati

Pada hari sabtu baru-baru ini, seperti biasa Muna dan beberapa orang teman terpaksa bangun awal untuk meneruskan perjuangan kami sebagai mahasiswa. Pada hari sabtu, ialah hari Ko, di mana sukan, permainan, kelab dan juga badan beruniform akan mengadakan kuliahnya pada hari tersebut. Pada hari sabtu tersebut, Muna terbangun lewat gara-gara tidur lewat semalam. Pada pukul 7.40 kami pun bergerak untuk mendapatkan bas, tetapi malangnya bas yang masih tidak penuh dengan penumpang tersebut tidak mahu berhenti untuk menumpangkan kami. Jadi, kami terpaksa menunggu bas yang seterusnya untuk ke kelas. Sampai sahaja di sana, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Boleh dikatakan semua pelajar sudah datang ke kelas dan kebetulan pada hari tersebut, kami terpaksa menjalani sesi ujian kuis untuk Hoki Dewan. Instruktur bertanyakan alasan kepada kami kenapa datang lewat ke kelas, mungkin salah kami juga kerana tidak bergerak awal untuk ke kelas. Jadi, di sini ungkapan maaf telah kami ucapkan kepada instruktur dan kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Walaupun instruktur tersebut lebih kurang sama usianya dengan kami, tapi sebagai pelajar dan juga orang yang melatih kita, seeloknya kami memberi hormat kepadanya. Di sini nilai hormat-menghormati bukannya hanya melihat dari jarak ukuran usia sahaja, malah dari segi pangkat dan lain-lain juga patut dinilai . ^_^

Friday, 22 March 2013

SITUASI 14 :Setia atau Benci ?

Pada hari Khamis baru-baru ini, iaitu 22 Mac 2013, kelas Sosiolinguistik pada pukul 5 petang telah berjalan seperti biasa. Kursus yang memberikan kita pengetahuan yang lebih luas dan holistik tentang bahasa itu, sangat menjadi subjek tumpuan dan diminati oleh kami antara pelajar yang mengambil kursus tersebut. Pada hari itu, Dr. Siti telah membincangkan bersama-sama dengan kami mengenai "kesetiaan bahasa". Sebelum mengupas tajuk tersebut dengan lebih terperinci, Dr. Siti terlebih dahulu menarik minat pelajarnya dengan mengaitkan tajuk tersebut dengan hal yang berkaitan dengan pengalaman dan juga kehidupan pelajar sendiri iaitu mengenai PERCINTAAN. Apabila Dr. Siti bertanyakan tentang topik tersebut, berebut-rebut dan teruja pelajar untuk emnjawabnya. Walau bagaimanapun apa yang ingin disampaikan dan dikaitkan dengan perkara tersebut oleh Dr. Siti adalah berkenaan dengan "bahasa" itu sendiri. Sebenarnya dalam memahami maksud bahasa itu sendiri adalah lebih mendalam dan khusus. Antara perkara penting yang ditekankan oleh Dr. Siti adalah sebagai masyarakat, walaupun kita sendiri memegang konsep perlu "Memartabatkan Bahasa Melayu", tetapi bahasa lain juga tidak patut untuk dibenci malah perlu juga dikuasai. Dalam konsep yang lebih gramatis, Dr. Siti menggunakan kata-kata " Setia tidak bermakna benci" .

Thursday, 21 March 2013

SITUASI 13 :


Kedai Buku yang terbesar di Mid Valley, Kuala Lumpur


Apabila melihat saja tulisan MPH dari jauh, fikiran mula memikirkan untuk mencari, membaca, dan menggunakan segala bahan yang diberikan di kedai tersebut dengan sebaiknya. MPH adalah salah sebuah kedai buku yang terbesar di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Berada di bahagian aras bawah, kedai ini berada di bahagian hujung aras.Sewaktu memasuki sahaja kedai ini, mata mula melilau dan melihat arah tujuan yang ingin dituju, kerana kedai ini cukup luas ruangannya untuk pengemar bahan-bahan bacaan yang bersifat ilmiah mahupun tidak. Baru-baru ini, iaitu pada hujung minggu yang lalu, Muna bersama seorang teman telah berkunjung ke MPH ini, tujuannya untuk membeli sedikit bahan bacaan dengan menggunakan baucer buku yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mahasiswa. Apabila melangkahkan kaki masuk di dalam kedai tersebut, Muna rasa masa satu hari pun tidak cukup untuk merasai suasana yang sangat akademi dan santai di dalam kedai ini. Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan, tua, muda, kanak-kanak dan sebagainya mengambil peluang pada cuti hujung minggu tersebut untuk berkunjung ke MPH. Boleh dikatakan suasana di dalamnya juga seakan-akan seperti perpustakaan, kerana ada yang duduk di bahu-bahu jalan sambil membaca buku-buku yang telah disediakan oleh pihak MPH sendiri. Seronok bila melihat cara segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak mereka yang masih kecil untuk merasai suasana tersebut. Pelbagai barangan dijual di sana, boleh dikatakan "macam-macam ada" ^_^ . Gelagat pengunjung juga sangat santai, dan mereka juga mematuhi peraturan dengan mengamalkan amalan beratur sewaktu ingin membuat pembayaran. Sukar untuk kita melihat suasana sebegini di mana-mana kedai buku mahupun perpustakaan sendiri. Kadang kala sikap mementingkan diri itu lebih tinggi dalam diri masyarakat hari ini. Bagi Muna, apa yang disediakan dan diberikan serta diamalkan di kedai MPH ini perlu dicontohi oleh kebanyakan kedai di luar sana. Hal ini agar, kita semua sebagai rakyat mempunyai kesedaran tersendiri dan dapat melahirkan masyarakat yang lebih bersikap terbuka dan rasional. Sikap suka emmbaca juga perlu disemai dalam kalangan muda-mudi dan terutamanya kanak-kanak pada hari ini, bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" .

Wednesday, 20 March 2013

SITUASI 12 :Ragam mahasiswa ^_^



Semangat kejiranan yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Kemakmuran dan kesejahteraan adalah salah satu daripada kunci utama semangat perpaduan antara kaum di negara kita sendiri iaitu Malaysia. Ini kerana, perpaduan dan kemakmuranlah yang menyebabkan sesuatu perhubungan itu boleh terjalin dengan baik. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan kehidupan bermasyarakat sedikit demi sedikit akan terhakis begitu sahaja.

Begitu juga dalam kehidupan sebagai mahasiswa di institut pengajian. Perpaduan dan kemakmuran perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan mahasiswa, kerana mereka inilah yang bakal menjadi pewaris negara. Kemudahan yang disediakan di setiap pusat pengajian perlulah digunakan dengan sebaiknya secara bersama tanpa provokasi dan saling iri hati. Kolej Kediaman Zaba, adalah salah sebuah kolej kediaman bagi segelintir mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kolej ini terdiri daripada 5 blok yang menempatkan 4 buah blok perempuan iaitu Blok A, Blok B, Blok C, dan Blok D. Manakala Blok E pula menempatkan mahasiwa lelaki. Mungkin disebabkan terlalu ramai bilangan pelajar yang berada di kolej tersebut, jadi menyukarkan antara sesetengah pelajar untuk mengenali mahupun beramah mesra dengan pelajar lain. Muna berada di kediaman Blok A, yang mana blok ini menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai negeri, pelbagai kursus dan juga pelbagai semester bagi setiap rumah. Rasanya sikap bermasyarakat yang ada mungkin hanya terdapat dan disemaikan di dalam rumah masing-masing, tak pun ada juga sedikit sifat bermasyarakat dengan jiran sebelah rumah. Tapi apa yang menjadi halnya adalah terdapat segelintir penghuni blok di sini yang sangat mementingkan diri sendiri. Perkara yang ingin Muna nyatakan ini boleh dikatakan sentiasa menjadi isu dan masalah yang hangat di kolej kediaman ini. Bukan sahaja Blok A, malah blok lain juga turut mengalami masalah yang sama. Muna berada di tingkat 3 Blok A, hal ini membuatkan masih ada 1 lagi tingkat yang berada di bahagian atas rumah Muna. Rumah yang disediakan bagi setiap penghuni telah disediakan dengan ruang yang cukup lengkap, terutamanya ruang membilas kain. Rasanya setelah selesai mencuci kain, eloklah bilas dulu kain tu di tempat yang telah disediakan. Ini tidak selepas saja kain dicuci, terus jemur kain di bahagian ampaian. Kain yang dicuci tu tak semestinya terus kering dengan serta merta ya adik kakak .. rasanya kena bilas dulu baru boleh disidaikan. Bila hal ini berlaku mulalah rumah yang berada di bawah mendapat tempiasnya. Alahai! Basah pula kain yang dah nak kering tadi, tengok-tengok ada air menitik daripada atas. Bila dilihat namapak la sangat baju orang atas tu baru dicucikan. Ya ALLAH ! Sabar ja lah. Jadi ubahlah diri tu supaya dapat membentuk jati diri yang sakinah dan juga unggul ya :)


Pandangan dari salah satu bahagian di Blok A


Tuesday, 19 March 2013

SITUASI 11 :Gedung Ilmu tidak dijaga ?


gambar salah satu bahagian di Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI)


Darmono menyatakan bahawa perpustakaan pada hakikatnya ialah pusat sumber belajar dan sumber informasi bagi pemakainya. Perpustakaan dapat pula diertikan sebagai tempat kumpulan buku-buku atau tempat buku-buku dihimpun dan diorganisasikan sebagai media belajar siswa. Wafford menterjemahkan perpustakaan sebagai salah satu organisasi sumber belajar yang menyimpan, mengelola dan memberikan layanan bahan pustaka baik buku mahupun selain daripada buku kepada masyarakat tertentu mahupun masyarakat umum. Perpustakaan adalah sebuah tempat yang sangat sinonim dengan organisasi pengajian. Semua tempat pengajian baik sekolah mahupun institut pengajian tinggi mempunyai perpustakaan tersendiri. Perpustakaan sebagai pusat untuk mencari sumber-sumber rujukan bagi mahasiswa terutamanya. Begitu juga bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Tuanku Bainun ialah perpustakaan yang tidak asing lagi bagi mahasiswa di UPSI. Mahasiswa UPSI sentiasa menggunakan perpustakaan tersebut dengan sebaik yang mungkin, walaupun perlu mengadakan perbincangan kumpulan untuk membincangkan sesuatu perkara, perpustakaanlah menjadi tempat perbincangan mereka. Pada bahagian luar perpustakaan ini, terdapat tempat yang dikenali sebagai "bilik 24 jam" , di mana mahasiwa boleh menggunakan bilik tersebut untuk membuat perbincangan dengan rakan-rakan walaupun perpustakaan sudah ditutup. Masuk sahaja ke dalam perpustakaan ini, membuatkan Muna rasa sangat berbangga dan teruja melihat keindahan perpustakaan ini dengan susunan barang yang cantik dan teratur. Perpustakaan yang dibina bersama 3 aras tingkat ini menyediakan pelbagai sumber rujukan yang terdiri daripada buku, jurnal,majalah,surat khabar dan sebagainya untuk tatapan sesiapa sahaja yang berkunjung ke perpustakaan ini, terutamanya pihak UPSI sendiri yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa. Apa yang menyebabkan Muna sedikit terkilan adalah, terdapat segelintir masyarakat yang tidak menggunakan sumber yang disediakan dengan sebaik yang mungkin. Setiap hari bila berkunjung sahaja ke perpustakaan ini pasti ada saja buku yang bersepah di rak-rak buku. Walaupun ini adalah sebahagian daripada tugas pihak perpustakaan sendiri, namun kadang kala penat juga jika setiap hari terpaksa melihat di setiap rak untuk menyusun kembali buku-buku yang telah disepahkan oleh pengunjung. Ada juga segelintir mahasiswa yang Muna lihat selepas selesai sahaja membaca buku tersebut di raknya, dia terus berlalu pergi tanpa menyusun kembali buku tersebut. Walaupun bahan yang dicari tidak ada dalam buku tersebut, tapi sebagai salah seorang pengguna kita juga perlu mempunyai sifat dan nilai murni yang baik dalam diri. Susunlah buku tersebut, rasanya tidak sukar untuk membuat begitu kan? ^_^. Jika sikap ini kita sentiasa semaikan dalam diri kita, pasti bila satu masa kita berada di tempat yang mempunyai barang-barang yang bersepah dan keadaan sekeliling yang kotor, pasti kita sudah mempunyai sifat untuk membersihkan dan menyusunnya semula.


sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri

Sunday, 17 March 2013

SITUASI 10 :Panggilan Hormat perlu betul.

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di mana-mana tempat seperti di universiti, tempat kerja mahupun majlis-majlis rasmi atau santai yang lain. Ramai daripada kita yang mengganggap bahawa tugas sebagai pengacara majlis ialah tugas yang popular dan mudah. Sewaktu berada di semester lima dan enam ni, Muna boleh dikatakan sudah banyak diberikan tugasan untuk menjadi pengacara majlis di beberapa majlis formal dan tidak formal. Jadi Muna terima tugas tersebut dan menganggap ia sebagai satu cabaran kepada kita yang bakal bergelar sebagai seorang guru, untuk dapat membuang segala rasa gemuruh dan takut apabila berhadapan dengan pelbagai ragam penonton. Sebenarnya, tugas sebagai pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan.Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis terletak di tangan pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis tersebut terganggu. Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tetamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis kita haruslah mengetahui panggilan hormat bagi seseorang tetamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat.

Oleh itu, baru-baru ini di dalam kelas sosiolinguistik, kami telah diberikan pendedahan oleh pensyarah kami iaitu, Dr. Siti SaniahBinti Abu Bakar, mengenai panggilan hormat yang perlu diberikan kepada golongan yang mempunyai pangkat,darjat dan sebagainya. Gelaran dan panggilan hormat merupakan nama panggilan bagi individu tertentu atau nama khas yang diberikan kerana sumbangan dan jasa seseorang. Pemilihan dan penggunaan panggilan hormat kepada individu tertentu bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan penutur dengan orang yang di sapa.


Antara panggilan hormat yang ditayangkan dalam kuliah Sosiolinguistik

Friday, 15 March 2013

SITUASI 9 :Budaya Pengotor?



Perasaan jijik dan geli terdetik apabila setiap kali melintasi longgokan sampah yang bertaburan di tepi-tepi jalan. Terdetik persoalan apakah perasaan si pembuangnya? Adakah mereka lupa untuk mengambil sampah tersebut dan di buang di dalam tong sampah yang disediakan. Tidakkah mereka yang membuang sampah begini mahukan persekitaran yang bersih dan sedap mata memandang?. Sikap pengotor dan pemalas ialah perkataan yang tepat menggambarkan keperibadian segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana, kebanyakan sampah-sarap itu bukanlah sisa buangan industri, tetapi ianya ialah sampah sarap seperti barangan lusuh dan sisa makanan. Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA) negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata, amalan membuang sampah di kawasan bukan sepatutnya telah menjadi budaya masyarakat sejak sekian lama.

           " Ia sudah menjadi budaya yang sukar dibentuk biarpun pelbagai usaha telah dilakukan seperti kempen dan sebagainya. Malah sebenarnya pelaku ini boleh berhadapan dengan tindakan tegas denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara."

Memandangkan pada semester ini terlalu banyak tugasan yang menginginkan Muna dan rakan-rakan untuk mengunjungi perpustakaan, maka boleh dikatakan tiga kali seminggu kami akan berkunjung ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan tugasan. Utamanya, bahan untuk kajian kami sebagai pelajar semester enam yang bakal menjalani latihan praktikum pada bulan Julai nanti. Pandangan yang tertumpu di perpustakaan Tuanku Bainun UPSI tersebut bukan hanya pada buku-buku sahaja malah sewaktu melintasi perkarangan perpustakaan tersebut, Muna melihat banyak sisa sampah-sarap dibuang oleh masyarakat yang tidak bertimbang rasa. Mungkin dengan pemikiran positif kita mengandaikan bahawa mereka yang berkelakuan demikian terlupa atau tidak sengaja membuang sampah tersebut dengan sesuka hati. Sebaiknya buanglah amalan budaya yang tidak molek dipandang orang itu. Semaikan budaya membuang sampah di tempat yang telah disediakan iaitu tong sampah. Sebab itulah kebanyakan tong sampah sekarang kita lihat dilekatkan dengan tagging perkataan "gunakanlah saya". Maksud di sini tong sampah itu sendiri meminta untuk digunakan dirinya, tambahan kita yang dikurniakan akal fikiran yang waras masih tidak dapat berfikir sedemikian. Jika kita masih mengamalkan budaya membuang sampah secara sesuka hati, nescaya negara akan terus dipenuhi dengan timbunan sampah-sarap dan semakin ramai masyarakat yang pengotor mula menonjolkan diri mereka.





Wednesday, 13 March 2013

SITUASI 8 :Apa kegunaannya ?




Baru-baru ni boleh dikatakan majoriti mahasiswa dan mahasiswi university sudah memperolehi Baucer Buku 1Malaysia 2013. Masing-masing sudah mempunyai angan-angan dan rancangan untuk menggunakan baucer buku tersebut, baik untuk membeli barang keperluan ataupun barang yang menjadi keutamaan. Apa yang mengejutkan pada hari ini, kebanyakkan kedai yang mengambil baucer buku bagi barang yang dibeli oleh mahasiswa di kedai mereka sangat berbeza daripada konsep Baucer Buku sebelum ini. Keadaan untuk memperolehi baucer buku tersebut oleh kebanyakkan kedai yang mempunyai kelulusan untuk mendapatkan baucer buku daripada mahasiswa telah disalah gunakan. Sudah menjadi kebiasaan, selepas universiti mula memberikan baucer buku kepada mahasiswa, kedai-kedai pun mulalah meletakkan banner atau banting untuk memberi pengumuman kepada setiap orang yang lalu lalang di kedai mereka terutamanya mahasiswa bahawa kedai mereka boleh menggunakan baucer buku untuk membeli barang. Apa yang terkilannya di sini, perkataan baucer buku itu sendiri sudah melambangkan bahawa baucer tersebut digunakan untuk membeli buku ataupun alat-alat tulis yang menjadi kegunaan utama dalam kehidupan masyarakat yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, namun ada sesetengah kedai yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan baucer buku dengan mudah. Baru-baru ini, Muna bersama rakan telah berkunjung ke sebuah kedai berhadapan dengan universit kami. Kami rasa terkejut bila terdapat sebuah kedai pakain yang bersambung dengan kedai runcit meletakkan banner yang mengatakan boleh menggunakan baucer buku di situ. Apa yang mengejutkan Muna dan rakan-rakan lain adalah apabila kami bertanya kepada juruwang, dia memberitahu bahawa kami perlu menggunakan baucer sebanyak 100 dan ke atas untuk membeli barang di situ. Hanya pakaian dan barang-barang aksesori sahaja yang boleh menggunakan baucer buku untuk dibeli. Di manakah “buku” itu wujud? Sedangkan baucer tersebut ialah baucer buku, bukannya baucer pakaian!. Mudahnya kedai tersebut mendapatkan baucer buku dengan cara yang sangat mudah. Sifat mahasiwi yang sentiasa ingin membeli pakaian dan barang aksesori tanpa menggunakan duit sendiri. Jadi jalan yang mudah adalah dengan mengunjungi kedai tersebut. Mahasiswi mendapatkan pakaian yang disukai dan barang-barang aksesori yang mereka suka dengan mudah melalui penggunaan baucer buku 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan. Sedangkan baucer tersebut sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan untuk pengajian. Akhirnya Muna dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menghabiskan baucer buku dengan cara membeli barang keperluan yang utama untuk kami seperti, kertas A4, pen, maker, dakwat printer, gunting, dan sebagainya. Secara kebetulan, pada semester hadapan kami akan melalui sesi praktikum di beberapa sekolah di luar. Jadi dengan menggunakan baucer buku yang diberikan oleh kerajaan kea rah yang betul, kami menggunakan baucer tersebut untuk membeli barang-barang keperluan untuk praktikum. Jadi mungkin, selepas ini kami tidak perlu susah payah untuk memikirkan barang-barang praktikum lagi. Terima kasih juga kami ucapkan kepada kerajaan kerana memahami kehidupan kami sebagai mahasiswa yang sentiasa memerlukan belanja yang cukup untuk keperluan kami, terutamanya sewaktu kami praktikum nanti. Jadi gunalah Baucer Buku 1 Malaysia yang diberikan dengan sebaik yang mungkin untuk keperluan kita bersama.

  

Monday, 11 March 2013

SITUASI 7 :Terima Kasih ^_^




Ucapan “Terima Kasih” sering menjadi bahan pengucapan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Di merata tempat seperti kedai makan, kedai alat tulis, dan dalam situasi yang berlaku setiap hari juga membuatkan ucapan “Terima Kasih” sering diucapkan. Pada 11 Mac 2013, iaitu hari Isnin kelmarin, banyak ucapan “Terima Kasih” yang telah Muna ucapkan kepada orang sekeliling. Dalam iklan yang disiarkan di media-media elektronik pada hari ini juga banyak yang menyiarkan tentang situasi yang menyebabkan masyarakat sering mengucapkan kata “Terima Kasih”. Pada hari Isnin kelmarin, sampai giliran Muna untuk membuat latihan pengajaran mikro bagi kursus KPD3026. Alhamdulillah, walaupun masih tidak berpuas hati dengan pengajaran yang dilakukan, tapi Muna mendapat penilaian dan pujian yang baik daripada rakan-rakan dan juga pensyarah. Bagi setiap penilaian yang dibuat, Muna ucapkan terima kasih pada mereka. Bagi Muna kritikan dan segala pujian tersebut dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan sebagai seorang guru apabila berhadapan dengan pelajar. Selepas tamat sahaja kuliah KPD3026, Muna bersama teman terus bergerak menuju ke Proton City. Kami memilih kedai makan yang berkaitan dengan Apartmen Damiana, Proton City. Selepas selesai makan, teman Muna membayar semua bil makanan tersebut. Muna tak sangka dia akan membayar semua bil makanan tersebut. Dengan ucapan “Terima Kasih”, Muna ucapkan kepada kawan Muna dan terus kami berlalu keluar dari kedai makan tersebut. Sesampainya di kolej, Muna bersiap-siap, kerana selepas Maghrib Muna dengan beberapa orang kawan ingin berbincang mengenai Projek Tahun Akhir. Oleh kerana esok kami perlu menunjukkan hasil topik bagi pengenalan dan juga penyataan masalah dalam bab 1, jadi kami perlu menyiapkan tugasan tersebut lebih awal. Sampai sahaja di rumah kawan, kami terus berbincang mengenai tugasan. Salah seorang kawan serumah kawan Muna, pelajar sastera telah memberikan Muna cenderahati dari Cameron Highland. Walaupun berlainan bidang pembelajaran, tapi Muna rapat dengan pelajar tersebut. Hal ini mungkin boleh dikatakan kerana, seramai 3 orang kawan serumahnya terdiri daripada rakan satu bidang dengan Muna, iaitu Bahasa Melayu. Sekali lagi ucapan “Terima Kasih” Muna ucapkan pada kawan Muna tersebut. Alhamdulillah banyak yang Muna terima pada hari Isnin tersebut, baik kritikan, pujian, mahupun ganjaran Muna sertakan dengan ucapan “Terima Kasih” teman-teman .. ^_^  

Sunday, 10 March 2013

SITUASI 6 :Opps .. Coach Wanita !!!


Sudah lama tak menjejakkan kaki ke Bandar metropolitan, Kuala Lumpur. Sewaktu junior dulu selalu sangat singgah ke Kuala Lumpur, mana taknya Kuala Lumpur sajalah yang berdekatan dengan kota Tanjung Malim ni, heheh. Kebetulan hari Ahad, iaitu kelmarin bersamaan 10 Mac 2013, Muna dah berjanji dengan kawan serumah untu menemani dia ke Kuala Lumpur. Tujuan utama kami untu menonton wayang, “Lawak Ke Der?”. Kawan serumah Muna ni sangat taksub dengan kumpulan Jozan. Sebelum ni ramai kawan yang nak sertai sekali, tapi akhirnya hanya tinggal kami berdua sahaja. Muna tak singgah pun kami berdua saja yang pergi, yang penting Muna dah tepati janji untuk temankan dia ke sana. Kami pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki Kereta api Tanah Melayu, KTM. Seperti kebiasaan, kmi pun sebelum ni dah pernah menaiki KTM ni dah biasalah suasananya bagi kami sebagai seorang pelajar, ceewahh ^_^. Memandangkan kami berdua perempuan, dan tidak ada bersama kami teman-teman lelaki, jadi kami memilih gerabak bagi golongan wanita sahaja.



Tidak di sangka pula, gerabak yang terang dan nyata terpampang ditulis dan ada gambar lagi menunjukkan kesahihan gerabak tersebut sebagai gerabak wanita telah disalahgunakan. Ramai juga yang bukannya terdiri daripada jantina perempuan, tetapi mempunyai jantina sebaliknya telah bersama-sama berada di dalam gerabak kami. Mungkin di sebabkan hal kepadatan penumpang membuatkan mereka terpaksa masuk ke gerabak kami, Wallahu’alam. Bila sampai saja di Mid Valley, tempat pilihan kami untuk menonton wayang, sesak sangat Pusat Beli-belah tersebut dengan pengunjung yang tak putus-putus datang. Biasalah hari Ahad, hari cuti pula tu katakan. Selesai saja menonton wayang, kami terus menuju ke surau untuk menunaikan solat Zohor dan menunggu solat Asar juga. Akhirnya, dalam waktu yang masih awal, iaitu 4.45 petang, kami mengambil keputusan untuk keluar dari pusat beli-belah tersebut dan Alhamdulillah kepantasan kami membuatkan kami sempat menaiki KTM yang telah berada di stesyen. Sekali lagi kami berada di dalam gerabak wanita. Suasana seperti datang dari Tanjung Malim sama juga berlaku di sini, di mana masih ada golongan lelaki yang mereka sepatutnya mengetahui jantina mereka, berada di dalam gerabak kami. Sedangkan ramai wanita-wanita yang masih berdiri dan hal ini akan membuatkan berlakunya sentuhan dan sebagainya disebabkan kepadatan penumpang yang sangat berlebihan. Memandangkan kerajaan telah membuat gerabak khas untuk kaum wanita, silalah sama-sama kita hargainya. Perkara tersebut bukan hanya suka-suka diadakan, tapi perkara tersebut dapat mengelakkan daripada berlakunya kes-kes seperti gangguan seksual dan sebagainya. Jika kita sendiri sebagai rakyat Malaysia masih tidak prihatin terhadap masalah tersebut, siapa lagi yang akan mengubah kehidupan masyarakat kita sendiri jika diri sendiri tidak sedar. Harap selepas ni, tidak adalah lagi gerabak yang terang sangat ditulis dengan warna merah jambu, siap ada gambar perempuan lagi itu, tidak sesuka hati dimasuki oleh golongan berlainan jantina. Hargailah wanita, berilah kerjasama untuk membentuk masyarakat yang ideal .



Saturday, 9 March 2013

SITUASI 5 :Gelagat Teruna ^_^


Salam semua … ^_^ . Mencari situasi yang molek untuk diluahkan dalam laman pena ini, Muna cuba mencari sesuatu yang dapat kita sama-sama kongsikan dalam situasi masyarakat sekarang. Hari ni tak da apa yang Muna lakukan, cuma dalam keadaan hari di mana kebanyakkan siswa masih tidur nyenyak, Muna dengan kawan terpaksa bangun pagi. Bersiap untuk ke kelas Hoki Dewan pada pukul 8 pagi di Kampus Lama UPSI. Lagi dua kursus kokurikulum yang perlu dilibatkan diri untuk kami menghabiskan jam kredit bagi kursus kokurikulum. Habis saja kelas Hoki Dewan, pada pukul 10 pula dengan tergesa-gesa kami terus menuju ke bangunan IPSI untuk menghadiri kelas yang seterusnya, iaitu Pembimbing Rakan Sebaya. Dalam kuliah hari ni, kami banyak belajar nilai-nilai positif dalam kumpulan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, walaupun tidak ditempatkan bersama rakan-rakan Muna yang lain, tapi Muna rasa sangat seronok sebab boleh kenal kenalan-kenalan yang baru. Kami bermain pelbagai aktiviti yang menguji semangat berkumpulan. Selesai sahaja kuliah PRS, Muna terus bersama kawan ke hadapan Pinti Timur UPSI untuk makan tengah hari. Lapar sangat rasanya, sebab dari pagi lagi sesuap makanan pun tak masuk lagi dalam perut ni. Sebelum ni, memang Muna dengan kawan-kawan selalu berkunjung ke kedai makan yang sama untuk menikmati makan tengah hari. Hal ini di sebabkan makanan yang dihidangkan di situ terdiri daripada pelbagai makanan yang menarik, sebab itulah ramai yang berkunjung makan di kedai makan tersebut. Sewaktu kami ingin ke kedai makan tersebut, kami terpaksalah melalui banyak kedai-kedai yang lain, seperti kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. Kebetulan kami lalu di sebuah kedai makan ni, ada seorang budak lelaki yang kerja di situ tengok saja kami. Lepas kami melepasi kedai makan tersebut dalam satu, dua langkah, budak lelaki t uterus mengucapkan Assalamualaikum. Kami pun dengan secara tidak sengaja terus memaling muka melihat budak lelaki tersebut dan menghulurkan senyuman. Selepas saja selesai makan tengah hari di kedai makan yang kami suka tu, terpaksalah sekali lagi kami lalu di kedai-kedai yang kami lalu tadi. Sekali lagi kami lalu di kedai makan yang ada budak lelaki tu. Kali ni budak lelaki tersebut duduk atas kerusi di tepi jalan. Kami melihat dia dengan pandangan yang biasa, kebetulan Muna lalu berada pada arah budak lelaki tu duduk. Kemudian dia cakap “Hai, kak comel.” Fuhh!! Tersentak bila dengar budak lelaki tu cakap macam tu. Muna pun memalingkan muka melihat budak lelaki tu dan mengucapkan terima kasih sambil mengukir senyuman, dan terus berlalu pergi. Kawan Muna pun apa lagi, mulalah cakap yang budak tu peminat Muna. Hehe rasa nak ketawa kuat-kuat saja, bila dengar kawan cakap macam tu. Sedangkan dalam hati Muna ni tak fikir pun situasi tu nak berlaku. Bagi Muna, sebagai saudara sesame bangsa dan sesama agama, Muna dah tunaikan tanggungjawab iaitu dengan mengukirkan senyuman dan terus berlalu dengan baik. Apa yang Muna nak tekankan di sini, sesetengah keadaan tu, bila kita tengok ada seseorang lelaki menegur seorang perempuan, cepat saja perempuan tu naik angin dan marah. Sedangkan lelaki tersebut hanya ingin mengusik dan melihat reaksi kita. Jadi, mulalah berlaku kes-kes seperti pukau, gangguan seksual, rogol, bunuh dan sebagainya dalam kalangan wanita. Tak perlu marah rasanya, sebab kita anggap saja itu sebagai gangguan yang boleh kita atasi dengan baik. Inn Shaa Allah rasanya kita sebagai wanita ni walaupun dari segi luaran lembut tapi dalaman kita ada kekentalannya heheh ^_^.

Friday, 8 March 2013

SITUASI 4 :Dialek & Guru ...



Guru ibarat lilin yang menyinari kehidupan pelajar. Itulah ungkapan yang sering dikaitkan dengan seorang guru. Guru bukan sahaja sebagai pengajar, tetapi juga sebagai pendidik kepada pelajar. Tapi sekarang, saban waktu guru dikaitkan dengan bahasa yang dipertuturkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Begitu juga  yang terjadi dalam suasana bakal-bakal guru yang akan berpraktikum pada bulan Jun ni. Melihatkan kepada gambar di atas, kami ialah mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian yang terdiri daripada negeri yang pelbagai. Muna sendiri berasal dari Perlis. Alice yang berada di tengah, yang memakai baju kurung berwarna unggu pula berasal dari Sarawak. Manakala teman-teman yang lain pula banyak yang berasal dari negeri Pantai Timur. Hal ini menyebabkan komunikasi yang kami pertuturan dalam kalangan kami di dalam kelas, mahupun di luar kelas dipengaruhi oleh dialek daerah negeri masing-masing. Sekarang kami berada di semester 6, kebetulan pada semester hadapan kami bakal menjadi guru praktikum di beberapa sekolah menengah di luar sana. Jadi disebabkan keadaan tersebut, kami perlu menyiapkan diri kami dengan kemahiran pertuturan yang baik sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sewaktu praktikum nanti. Minggu ini kami pelajar semester 6 banyak menyiapkan diri untuk sesi pengajaran micro yang bakal kami lakukan untuk tugasan kursus KPD3026. Alhamdulillah pada hari ini saja seramai 9orang pelajar kelas AT05B sudah menjalani latihan pengajaran micro untuk sesi yang pertama. Penilaian tersebut telah dibuat oleh beberapa orang rakan sekelas dan juga pensyarah kami iaitu Encik Razali Bin Ayob. Muna rasa berbangga sangat sebab kawan-kawan yang membuat pengajaran micro tersebut semuanya dapat buat dengan baik, dan semangat serta ciri sebagai seorang guru tersebut telah Muna nampak dalam diri mereka. Tapi kelemahannya masih ada antara bakal-bakal guru tersebut masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah negeri mereka dalam pertuturan sewaktu p&p. Masalah ini bukan masalah baru, tapi sudah lama menjadi kelaziman bagi guru-guru di luar sana. Muna harap untuk minggu hadapan, bagi kami yang akan menjalani latihan pengajaran micro seterusnya dapat terus menyiapkan diri dengan sebaiknya. Mudah-mudahan dialek yang diucapkan dalam kehidupan komunikasi kami setiap hari tidak akan kami ungkapkan sewaktu sesi pengajaran micro nanti. Begitu juga sewaktu kami berpraktikum di sekolah yang sebenar nanti, Inn Shaa ALLAH. Jika kita sebagai guru tidak mengubah persepsi terhadap situasi ini, siapa lagi yang akan mengubahnya. Jika masalah ini terus berlaku, kesannya akan terus terjadi seperti situasi di bawah ini.





Thursday, 7 March 2013

SITUASI 3 :Teman ketawa senang datang, teman menangis susah bertemu :)

Teman ketawa senang datang, teman menangis sukar bertemu, kenapa ya?. Muna coretkan nukilan diari hari bukanlah untuk meluahkan isi hati yang terpendam. Tapi Muna cuma nak berkongsi sketsa manusia yang penuh dengan ragam yang pelbagai. Itulah fitrah manusia, kadang-kadang berada dalam sikap yang baik, kadang-kadang berada dalam sikap yang tidak menentu. Hari ni semangat setiakawan dalam rumah kami di Kolej Zaba A306, sangat kuat. Tadi selepas maghrib, seorang teman Muna dengan tidak sengaja tergelincir di dapur ruang rumah kami. Bila situasi tu berlaku, kami sebagai teman mestilah menolong. Alhamdulillah teman Muna tu tak ada apa-apa yang berlaku pada diri dia. Apa yang Muna nak sampaikan di sini, sebenarnya setiap hari diri manusia ni mudah sangat berubah. Secara jujur Muna cakap, Muna sebenarnya sangat lemah dalam bersahabat. Lemahnya kerana Muna lebih menjaga hati teman daripada teman menjaga hati Muna.Biarlah apa pun yang teman buat, janji Muna tidak mengecilkan hati mereka. Tapi kadang-kadang mungkin kita sendiri pun tak sedar yang kawan kita terasa dengan kata-kata kita. Muna bukannya ingin mencari teman yang sanggup sehidup semati dengan Muna, tapi cukuplah sekadar memahami kita sebagai teman. Sanggup bersama bukannya sewaktu gembira, tapi sanggup bersama sewaktu susah juga. Tapi sekarang ni, nak cari kawan yang betul-betul baik emmang susah. Bukannya apa, bolehlah ya kiranya di sini Muna coretkan apa yang Muna rasa dalam kehidupan berteman ni. Bila di bangku sekolah dulu mungkin kelompok kenalan kita sedikit. Tapi bila kita dah sampai di universiti, macam-macam ragam sahabat yang kita boleh lihat. Sudah hampir 3 tahun Muna berada di universiti. rasanya tidak ada lagi istilah teman baik dalam hidup ni. Kadang-kadang teman yang baik dengan kita, sanggup bersama tak kira masa, tapi bila dah senang lupa kita. Bila susah, memerlukan sesuatu baru jumpa kita semula. Itukah yang dikatakan sebagai "sahabat?". Mak Muna selalu cakap, " adik biarlah apa pun orang nak buat pada kita janji ALLAH sentiasa berikan yang terbaik untuk kita.". Bagi Muna tidak ada sesiapa yang ada di sisi tika susah mahupun senang, cuma yang ada mak dan abah. Walau sejauh mana pun kadang-kadang mak kita berleter dan marah pada kita ingatlah, mereka saja yang sentiada di sisi sewaktu susah dan senang kita. Kadang-kadang bila melihat perangai sahabat yang bermacam ragam, hiba hati ni. Sedih juga bila ada sahabat yang melupakan kita sewaktu senang. Bila waktu susah mulalah nak mencari, bila dia senang kita pun dia tak nampak. Gelagat manusia memang macam tu. Tapi ingatlah, teman yang sentiasa bersama mesti ada walaupun kita jarang temui. ALLAH sebenarnya ingin menguji kita, adakah kita mampu bertahan atau tidak ketika ujian melanda. Sekarang Muna cuma fikir, pergi mana pun Muna akan bermesra dengan semua, tak perlu nak mempunyai sahabat rapat kerana pasti satu hari dia akan pergi tanpa khabar berita. Susah untuk bertemu sahabat sejati sebenarnya. " Persahabatan itu ibarat sekotak crayon, masing-masing punya warna yang berbeza, tapi cuba padukan mereka akan membuat sebuah pelangi yang indah" . ^_^


kenangan bersama-sama teman dibangku sekolah selepas masing-masing sudah berada di menara gading

Wednesday, 6 March 2013

SITUASI 2 :




Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu ...,
Itulah permulaan kami ...,
Dapat melihat bulan dan matahari ..

Bila teringat saja lagu ini, Muna teringat pada mak dan abah di Perlis. Bukannya nak cakap Muna nih manja walaupun anak bongsu, tapi bagi Muna orang yang teramat penting dan segala-galanya dalam hidup Muna ialah mak dan abah. Bila teringat lagu ini jugalah, satu sifat empati yang ada dalam diri Muna ni, yang Muna rasa tak akan pernah padam dalam diri Muna. Sebenarnya, jujur Muna cakap muna seorang anak gadis yang tak boleh melihat seorang pak cik yang sudah tua. Tambahan pula kalau pak cik tu di layan seperti bukan orang tua oleh masyarakat sekeliling. Tadi selepas sahaja kelas Modal Insan di TU 4B, Muna dengan kawan terus berjalan ke hadapan Pintu Timur Kampus UPSI untuk menjamu selera, sebab daripada pagi lagi perut tak berisi dengan secubit makanan pun. Ahkirnya kami memilih untuk makan tengah hari di kedai makan "Teko Emas". Kebetulan sewaktu sedang menikmati makanan, Muna ternampak seorang pak cik yang sudah tua. Dia datang makan bersama keluarga dia, mungkin anak-anak dan juga isteri dia. Tapi anak dia pun Muna nampak sudah berumur dalam lingkungan 40-an jugak la. Apa yang Muna lihat, pak cik tu terngiang-ngiang mencari tempat untuk duduk, mungkin dia tak berapa tahu dengan keadaan di situ. Tapi bagi Muna sebagai seorang pelayan kedai makan, kita perlu jaga kebajikan pelanggan kita. Bila dah nampak pak cik tu tak tahu nak duduk mana, sifat keperimanusiaan yang telah ada dalam diri kita sejak azali sebagai seorang manusia kita gunakanlah sebaiknya. Ini tidak, buat tak tahu saja, yang penting kira apa makanan yang pak cik tu ambil untuk dibayar. Kebetulan anak-anak pak cik ni masih lagi sedang melayan diri bersama ibu mereka untuk mengambil makanan. Secara tidak disengajakan bila Muna lihat situasi tu berlaku,  air mata terus berlinangan di kelopak mata. Walaupun tidak mengalir tapi, bagi Muna perkara tersebut sangat menyentuh hati Muna. Ya, mungkin orang akan kata kenapa Muna saja yang tak pegi tolongkan?. Waktu tu Muna dah nampak anak-anak pak cik tu dah sampai di meja makan. Kiranya situasi tersebut berlaku dalam jangka masa yang singkat. Begitulah juga di mana-mana pun, jika situasi macam tu berlaku di hadapan Muna, secara tidak sengaja Muna memang akan menangis. Muna bersyukur sebab ALLAH S.W.T berikan sifat empati terhadap orang tua kepada Muna. Dalam kedaan menaip diari harian dalam blogger "Diari Cikgu" bagi tajuk ini pun, air mata Muna dah mula muncul.

Muna tak tahu, apa perasaan anak-anak yang sanggup hantar orang tua mereka di rumah orang tua, dan ditinggalkan untuk selama-lamanya di sana. Subhanallah .... Ingatlah selagi mereka masih hidup jagalah mereka lebih daripada segala-galanya dalam hidup kita. Muna masih ingat lagi satu cerita sewaktu zaman sahabat dulu. ada seorang saudara ni, Muna dah lupa nama dia. Dia sanggup menjaga seekor khinzir, tak silap Muna. bila ditanya sahabat, "kamu tahu tak memelihara, menjaga, mahupun menyentuh khinzir itu sendiri hukumnya berdosa?". apa yang saudara ini cakapkan?. Dia cakap khinzir ini ialah ibu saya, selagi dia ibu saya biar pun dia khinzir, saya tetap akan menjaganya sehingga ke akhir nyawanya.

Ingatlah wahai sahabat semua, tak da apa yang lebih menyenangkan hati kita selain daripada melihat wajah kedua-dua orang tua kita . ^_^

Monday, 4 March 2013

SITUASI 1 :Senyuman itu sedekah yang paling indah ^_^

Minggu ini sudah masuk minggu yang ketiga sesi kuliah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Muna terpaksa bangun awal pagi sebab hari ini nak menunaikan hajat yang sudah terbuku lama dalam hati. Sudah seminggu gigi muna sakit, pada permulaan rasa macam sakit biasa saja. Tapi bila dah lama sakit tu makin mencengkam jiwa dan raga ceeewahh , hehehe . Alhamdulillah kitaran bas baru iaitu bas Kiffah yang ada di UPSI sekarang sangat memuaskan hati pelajar. Jadi tak lamalah nak menunggu untuk naik bas, sekejap sahaja dah sampai di Kampus UPSI Pintu Timur. Oleh itu, macam biasalah terpaksa berjalan kaki menuju ke bahagian belakang kampus untuk ke klinik kesihatan. Sampai sahaja di klinik kesihatan bahagian pergigian, alhamdulillah dilayan dengan baik dan sempat beramah mesra dengan kakak semester 8. Kakak tu cakap doktor tak boleh cabut gigi dia sebab dah separuh pecah,jadi bahagian sebelah dalam tak boleh nak dicabut jadi terpaksa dibuat pembedahan kecil. Lama juga Muna tunggu untuk masuk berjumpa dengan doktor sebab niat di hati memang nak cabut ja gigi nih, sebab dah setiap malam asyik menangis ja. Sewaktu menunggu nama Muna dipanggil sempat jugalah Muna melihat karenah orang awam di sekeliling. Tiba-tiba Muna ternampak seseorang, boleh dikatakan pegawai kesihatan di situ yang bertugas untuk memberi ubat. Bila nombor ditayangkan di skrin, komunikasi staff kesihatan tu baik, tetapi sayangnya dia seolah-olah ada masalah ja. Kalau ada masalah pun janganlah akak bawa sampai ke tempat kerja, tak bagus bila orang awam tengok reaksi kita macam tu kan. Sebab pekerjaan kita perlu bertemu dengan orang awam, jadi senyuman tu amat penting. Kerajaan kita pun banyak menayangkan iklan-iklan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni. Jadi senyuman itu penting. Bila bangun pagi pun selalu Muna cakap dalam hati, "mulakan hari dengan senyuman yang paling indah". Inn Shaa ALLAH hari tersebut dapat memberi seribu kebahagiaan dalam diri kita.

"Sebuah senyuman manis tidak akan pernah menyakitimu, ia hanya akan menyakiti mereka yang pernah menyakitimu dan membuatmu menangis."