Baru-baru ni boleh dikatakan majoriti mahasiswa dan
mahasiswi university sudah memperolehi Baucer Buku 1Malaysia 2013.
Masing-masing sudah mempunyai angan-angan dan rancangan untuk menggunakan
baucer buku tersebut, baik untuk membeli barang keperluan ataupun barang yang
menjadi keutamaan. Apa yang mengejutkan pada hari ini, kebanyakkan kedai yang
mengambil baucer buku bagi barang yang dibeli oleh mahasiswa di kedai mereka
sangat berbeza daripada konsep Baucer Buku sebelum ini. Keadaan untuk
memperolehi baucer buku tersebut oleh kebanyakkan kedai yang mempunyai
kelulusan untuk mendapatkan baucer buku daripada mahasiswa telah disalah
gunakan. Sudah menjadi kebiasaan, selepas universiti mula memberikan baucer
buku kepada mahasiswa, kedai-kedai pun mulalah meletakkan banner atau banting
untuk memberi pengumuman kepada setiap orang yang lalu lalang di kedai mereka
terutamanya mahasiswa bahawa kedai mereka boleh menggunakan baucer buku untuk
membeli barang. Apa yang terkilannya di sini, perkataan baucer buku itu sendiri
sudah melambangkan bahawa baucer tersebut digunakan untuk membeli buku ataupun
alat-alat tulis yang menjadi kegunaan utama dalam kehidupan masyarakat yang
bergelar mahasiswa dan mahasiswi, namun ada sesetengah kedai yang mengambil
jalan singkat untuk mendapatkan baucer buku dengan mudah. Baru-baru ini, Muna
bersama rakan telah berkunjung ke sebuah kedai berhadapan dengan universit kami.
Kami rasa terkejut bila terdapat sebuah kedai pakain yang bersambung dengan
kedai runcit meletakkan banner yang mengatakan boleh menggunakan baucer buku di
situ. Apa yang mengejutkan Muna dan rakan-rakan lain adalah apabila kami
bertanya kepada juruwang, dia memberitahu bahawa kami perlu menggunakan baucer
sebanyak 100 dan ke atas untuk membeli barang di situ. Hanya pakaian dan
barang-barang aksesori sahaja yang boleh menggunakan baucer buku untuk dibeli.
Di manakah “buku” itu wujud? Sedangkan baucer tersebut ialah baucer buku,
bukannya baucer pakaian!. Mudahnya kedai tersebut mendapatkan baucer buku
dengan cara yang sangat mudah. Sifat mahasiwi yang sentiasa ingin membeli
pakaian dan barang aksesori tanpa menggunakan duit sendiri. Jadi jalan yang
mudah adalah dengan mengunjungi kedai tersebut. Mahasiswi mendapatkan pakaian
yang disukai dan barang-barang aksesori yang mereka suka dengan mudah melalui
penggunaan baucer buku 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan. Sedangkan
baucer tersebut sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan untuk
pengajian. Akhirnya Muna dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menghabiskan
baucer buku dengan cara membeli barang keperluan yang utama untuk kami seperti,
kertas A4, pen, maker, dakwat printer, gunting, dan sebagainya. Secara
kebetulan, pada semester hadapan kami akan melalui sesi praktikum di beberapa
sekolah di luar. Jadi dengan menggunakan baucer buku yang diberikan oleh
kerajaan kea rah yang betul, kami menggunakan baucer tersebut untuk membeli
barang-barang keperluan untuk praktikum. Jadi mungkin, selepas ini kami tidak
perlu susah payah untuk memikirkan barang-barang praktikum lagi. Terima kasih
juga kami ucapkan kepada kerajaan kerana memahami kehidupan kami sebagai
mahasiswa yang sentiasa memerlukan belanja yang cukup untuk keperluan kami,
terutamanya sewaktu kami praktikum nanti. Jadi gunalah Baucer Buku 1 Malaysia
yang diberikan dengan sebaik yang mungkin untuk keperluan kita bersama.