Guru ibarat lilin yang menyinari kehidupan pelajar. Itulah
ungkapan yang sering dikaitkan dengan seorang guru. Guru bukan sahaja sebagai
pengajar, tetapi juga sebagai pendidik kepada pelajar. Tapi sekarang, saban
waktu guru dikaitkan dengan bahasa yang dipertuturkan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Begitu juga
yang terjadi dalam suasana bakal-bakal guru yang akan berpraktikum pada
bulan Jun ni. Melihatkan kepada gambar di atas, kami ialah mahasiswa Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian yang terdiri daripada
negeri yang pelbagai. Muna sendiri berasal dari Perlis. Alice yang berada di
tengah, yang memakai baju kurung berwarna unggu pula berasal dari Sarawak.
Manakala teman-teman yang lain pula banyak yang berasal dari negeri Pantai
Timur. Hal ini menyebabkan komunikasi yang kami pertuturan dalam kalangan kami
di dalam kelas, mahupun di luar kelas dipengaruhi oleh dialek daerah negeri
masing-masing. Sekarang kami berada di semester 6, kebetulan pada semester
hadapan kami bakal menjadi guru praktikum di beberapa sekolah menengah di luar
sana. Jadi disebabkan keadaan tersebut, kami perlu menyiapkan diri kami dengan
kemahiran pertuturan yang baik sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sewaktu
praktikum nanti. Minggu ini kami pelajar semester 6 banyak menyiapkan diri
untuk sesi pengajaran micro yang bakal kami lakukan untuk tugasan kursus KPD3026.
Alhamdulillah pada hari ini saja seramai 9orang pelajar kelas AT05B sudah
menjalani latihan pengajaran micro untuk sesi yang pertama. Penilaian tersebut
telah dibuat oleh beberapa orang rakan sekelas dan juga pensyarah kami iaitu
Encik Razali Bin Ayob. Muna rasa berbangga sangat sebab kawan-kawan yang
membuat pengajaran micro tersebut semuanya dapat buat dengan baik, dan semangat
serta ciri sebagai seorang guru tersebut telah Muna nampak dalam diri mereka. Tapi
kelemahannya masih ada antara bakal-bakal guru tersebut masih ada yang
menggunakan bahasa dialek daerah negeri mereka dalam pertuturan sewaktu
p&p. Masalah ini bukan masalah baru, tapi sudah lama menjadi kelaziman bagi
guru-guru di luar sana. Muna harap untuk minggu hadapan, bagi kami yang akan
menjalani latihan pengajaran micro seterusnya dapat terus menyiapkan diri dengan
sebaiknya. Mudah-mudahan dialek yang diucapkan dalam kehidupan komunikasi kami
setiap hari tidak akan kami ungkapkan sewaktu sesi pengajaran micro nanti. Begitu
juga sewaktu kami berpraktikum di sekolah yang sebenar nanti, Inn Shaa ALLAH.
Jika kita sebagai guru tidak mengubah persepsi terhadap situasi ini, siapa lagi
yang akan mengubahnya. Jika masalah ini terus berlaku, kesannya akan terus
terjadi seperti situasi di bawah ini.